MALAYSIA memang mempunyai banyak pantai-pantai yang cantik dan menarik serta mencari kawasan pantai di negara ini bukanlah sesuatu yang susah untuk dijumpai.

Oleh itu, tidak hairanlah jika banyak pusat peranginan dibina di kawasan berdekatan dengan pantai kerana ia menjadi kawasan tumpuan pelancong asing dan juga tempatan.

Jangan tak tahu ya, sebenarnya banyak pantai-pantai yang cantik di Malaysia ini jadi anda semua tidak perlulah berhabis duit pergi ke luar negara. Mari kita lihat 10 pantai cantik yang ada di sini.

1. Pantai Juara, Pulau Tioman (Pahang)


Mereka yang sukakan ketenangan, jauh dari hiruk-pikuk kota, privasi dari orang dan yang penting menyajikan pantai yang cantik, maka ini lah jawapan yang anda cari.

Pada mereka yang tidak tahu, pantai ini juga pernah tersenarai daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN.

2. Pantai Pulau Mabul (Sabah)



Pulau Mabul memang dikenali sebagai salah satu pulau yang cantik di Sabah oleh itu tidak hairanlah jika ia tersenarai dalam ini.

Mempunyai pasir yang putih mengelilingi persisiran pantai serta lautnya yang jernih dan bebas dari kotoran membuatkan anda terpegun dengan kecantikannya.
3. Pantai Perhentian Kecil, Pulau Perhentian (Terengganu)



Pantai ini merupakan antara pantai yang tercantik di Malaysia dan masih lagi dipelihara alam semula jadinya dan pengunjung masih belum mengenali pantai ini.

Selain itu, bot juga tidak dibenarkan memasuki pantai kerana terumbu kawang yand wujud di kawasan air cetek. Pengunjung juga berpengalaman menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang mengasyikkan.

4. Pantai Pulau Manukan (Sabah)


Di luar persisiran pantai pulau ini ialah kawasan terumbu karang yang sangat cantik serta aktiviti lain yang boleh dilakukan pengunjung seperti 'parasailing' selam skuba, snorkelling dan lain-lain.

Pulau ini juga merupakan yang kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman Malaysia serta turut diktiraf sebagai taman laut negara.

5. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi (Kedah)


Sesuai buat mereka yang mencari ketenangan, pantai ini tidak mempunyai banyak pengunjung seperti Pantai Cenang.

Tanjung Rhu mempunyai pasir yang halus dan bersih serta air yang jelas seperti kristal membuat orang akan mengagumi kecantikan pantai ini.
6. Pantai Pulau Mataking (Sabah)



Sangat dikenali sebagai 'syurga penyelam'  seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan namun ia merupakan kawasan persendirian.

Di samping itu, ia juga mempunyai sedikit persamaan dengan pantai di Maldives oleh itu jika anda berkunjung ke Sabah pastikan pantai ini tersenarai dalam destinasi lawatan anda ya.

7.Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang Mersing (Johor)



Sesuai dengan namanya pantai ini mempunyai pasir yang putih, lembut dan masih dipelihara alam semula jadinya serta pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti bola tampar, mandi laut dan berjemur di bawah sinaran matahari.

Bagaimanapun, nama sebenar pantai ini adalah Pasir Panjang namun disebabkan sudah banyak nama pantai seperti itu di Malaysia (Pulau Perhentian dan Pulau Tioman) maka penggunaan nama pantai ini ditukar kepada nama Pasir Putih.