Pulau Perhentian Map - Sabagai panduan sahaja. |
Untuk
anda yang belum pernah menjejak kaki atau tidak tahu langsung pasal Pulau
Perhentian! Tahukah anda Pulau Perhentian ini terbahagi kepada 2 pulau iaitu
Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Ramai juga yang bertanya apa beza antara
dua pulau ini dan yang mana lebih menarik jika nak ke Pulau ini sebenarnya ia
adalah subjektif.
Untuk
pengetahuan anda kedua-dua pulau ini mempunyai tarikan dan keistimewaan yang
tersendiri dimana setiap pulau ini mempunyai pelbagai pilihan chalet dan resort
yang bersesuaian dengan bajet anda. Disini kami kongsikan sedikit maklumat
berdasarkan pengalaman dan input yang ada, mana tahu ia berguna untuk anda
membuat pilihan nanti ok.
PERHENTIAN
BESAR (BIG ISLAND)
Di
Pulau Perhentian Besar ini terdapat banyak chalet/resort yang lebih selesa dan
suasana yang kondusif terutama kepada mereka yang datang bersama keluarga dan
anak-anak serta bersama teman-teman anda. Perhentian Besar juga sesuai kepada
mereka lebih sukakan ketenangan dan kedamaian yang mungkin boleh hilangkan
tekanan dan keserabutan yang ada di fikiran anda.
Ramai
juga antara mereka yang Tanya senang ke nak makan kat perhentian besar ni!
Sebenarnya tak susah pun untuk anda cari makan di Perhentian Besar ini kerana setiap
resort terdapat restoran masing-masing dan anda boleh pilih jer nak makan kat
resort mana-mana ikut suka anda. Cuma anda perlu tahu kebanyakan restoran
resort disini akan tutup pada pukul 10pm, jadi anda kena turun awal untuk
makan. Harga makan kat sini standard la “harga pulau” mahal sikit dari harga
tanah besar, tak dinafikan pergilah mana-mana pulau sekali pun harga mesti
mahal sikit dari tanah besar kan.
Pulau
Perhentian Besar ini terbahagi kepada beberapa teluk seperti Teluk Pauh, Teluk
Dalam (Deep Bay), Teluk Keke dan teluk2 lain yang sesuai untuk dikunjungi jika
mahukan kedamaian.
Teluk Dalam (Deep Bay)
Seperti
kawasan Teluk Dalam ia sesuai juga untuk kanak-kanak, kerana disini sekarang terdapatnya
aktiviti “Fire Show” untuk ditonton tapi tidaklah semeriah kat Long Beach,
Perhentian Kecil. Kat sini juga anda boleh lepak-lepak santai sambil layan
“Shisha” di kafe tepi pantai dengan menghirup udara yang nyaman dan angin yang
bersempoi-sempoi, ini pasti akan mengamit kenangan anda bersama teman-teman
rapat.
Di sini juga amat-amat sesuai untuk keluarga yang bawak anak-anak kecil
untuk bermain di tepi pantai dan mandi-manda kerana Teluk Dalam ini mempunyai
pantai yang luas dan panjang di Pulau Perhentian anda boleh lepak jer atas
buaian sambil tengok anak-anak kita bermain dan apa yang penting juga kawasan
pantai di sini tidak terlalu panas kerana ditutupi oleh pokok yang memberi
tempat berteduh.
Pantai Teluk Dalam - Seronok tengok anak-anak bermain air |
Teluk Pauh
Di
Teluk Pauh mempunyai satu sahaja resort iaitu Perhentian Island Resort yang
boleh dikatakan sebagai salah satu resort yang mewah di Perhentian Besar.
Perhentian Island Resort ini juga merupakan resort yang lama/tertua yang ada di
pulau ini, tapi dari semasa ke semasa resort ini sentiasa menaiktaraf
infrastuktur bagi memberi keselesaan dan memenuhi permintaan para pelancong.
Kebanyakan para pelancong yang menginap di sini adalah pelancong dari luar negara
kerana harganya agak tinggi tapi berpadanan dengan perkhidmatan yang kualiti
yang anda akan dapat.
Keistimewaan
kat sini ialah ia mempunyai pasir pantai yang putih dan air yang sangat jernih.
Selain itu, air kat sini amatlah tenang dan tidak berbatu dan ia sesuai untuk
bawak anak-anak bermain air admin pun suka mandi manda kat sini. Jika anda stay
di kawasan sekitar Coral View Resort anda boleh jelan kaki untuk datang mandi
kat pantai ini..gerenti anda puas hati.
Teluk Pauh - Sejuk mata memandang |
PERHENTIAN KECIL
(SMALL ISLAND)
Pulau
Perhentian Kecil yang semakin mendapat tempat dihati para pelancong tempatan
yang ingin ke Pulau Perhentian. Bila ditanya hendak stay dimana? Ramai yang
jawab saya nak stay di Perhentian Kecil itu la permintaan yang selalu di
dengar. Malah Perhentian kecil juga menjadi tarikan kepada pelancong luar negara
kerana di perhentian kecil ini terdapat penginapan yang murah dan bajet.
Perhentian
kecil juga mempunyai tempat-tempat menarik dan sentiasa menjadi tarikan kepada
anda untuk dikunjungi antaranya seperti long beach,kincir angin, romantic
beach, coral bay, kg nelayan dan lain2.
Long Beach
Ada
apa kat Perhentian Kecil ni! Ok port yang paling menarik di Perhentian Kecil ialah
pada “LONG BEACH”. Kenapa dengan Long Beach pulak, Ok Long Beach ni tempat yang
paling happening kat Pulau Perhentian bila malam menjelma ia terkenal dengan
suasana nightlife seperti “Party & Fire Show” dan ia menjadi port utama
bagi mat salleh dan golongan muda melepak santai sambil layan muzik.
Tetapi
kepada anda yang tidak suka crowded, noisy & party ini bukan tempat untuk
anda. Kami tidak cadangkan anda menginap di sini kerana suasana di Long Beach
sangat bising dan happening sehingga lewat pagi lebih-lebih lagi time peak
season ia sangat-sangat crowded disini. Bagi anak-anak kecil atau dibawah umur
pula ia tidak sesuai disini tapi ia juga terpulang kepada anda sendiri, ada jer
keluarga yang bawak anak-anak meraka cuma harus diberi perhatian.
Suasana malam di Long Beach, Perhentian Kecil |
Coral Bay
Selain
itu, Teluk Aur (Coral Bay) juga menjadi perhatian dan anda boleh cuba untuk
stay di sini jika tidak pernah datang kerana ia berhampiran dengan Long Beach.
Untuk ke Long beach hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit dengan
berjalan kaki melalui trek dan tidak perlu naik bot.
Di
sini terdapat juga beberapa resort yang harganya agak tinggi dengan pemandangan
yang menarik, malah anda juga boleh pilih chalet-chalet murah yang ada di Coral
Bay yang disediakan dengan keadaan bilik yang basic. Kalau nak makan kat sini
pun tidak perlu risau sebabnya di Coral bay ini terdapat beberapa kedai makan
tepi pantai selain restoran di resort.
Apa
yang menarik kat Coral Bay ni? Coral Bay ni menjadi salah satu port yang
terbaik untuk anda menikmati keindahan dan pemandangan matahari terbenam di
ufuk barat yang cukup indah dan ia juga bergantung pada keadaan cuaca.
Sunset View di Coral Bay |
Kampung Nelayan
Di
Pulau Perhentian ini terdapat satu perkampungan yang dihuni oleh penduduk Pulau
Perhentian sejak dahulu lagi. Kg.Nelayan ini terletak di Perhentian kecil dan
bertentangan dengan Perhentian Besar. Disini lengkap dengan sekolah, balai
polis, balai bomba, masjid dan kedai-kedai runcit ataupun makan. Jika anda
berkunjung di sini anda berpeluang untuk melawat Masjid Ar Rahman ini dimana kedudukannya yang sebahagian berada di atas air
amat mendamaikan jemaah ketika bersolat di sini.
Makan di
Kampung Nelayan ini lebih murah sikit berbanding resort-resort di Perhentian
Besar dan kecil. Jika anda stay di Perhentian Besar atau Long Beach dan Coral
Bay anda perlu menaiki water taxi dengan kadar harga yang berlainan mengikut
tempat yang anda menginap. Kebiasaannya, semasa aktiviti snorkeling boatman
akan bawa anda untuk makan tengahari di sini dan anda boleh merasai masakan
kampung yang lazat dan enak oleh penduduk Pulau Perhentian.
Anda
juga boleh stay kat sini kerana di Kg.Nelayan ada sediakan penginapan seperti
homestay, hostel ataupun resthouse dengan harga yang berpatutan. Kebanyakan
penginapan di sini mempunyai bilik yang berhawa dingin dan anda boleh lihat
budaya hidup penduduk Pulau Perhentian ini.
Kampung Nelayan - Pulau Perhentian Kecil |
Kincir Angin
Kincir
Angin merupakan salah satu faktor tarikan kepada meraka untuk datang ke Pulau
Perhentian dan ia sangat terkenal serta menjadi lokasi WAJIB dikunjungi jika
anda datang bercuti di pulau ini ianya terletak di Perhentian Kecil. Kenapa
kincir angin ini menjadi tarikan, ini kerana pemandangan dari atas kincir angin
ini sangat-sangat yang cantik dan menarik tak tergambar dengan kata-kata sure
anda kena datang sendiri tengok keindahan yang dicipta.
Untuk
ke puncak kincir angin ini anda perlu hiking melalui trek trekking yang
disediakan dan mengambil masa lebih kurang 20-30 minit. Kepenatan anda pasti
hilang bila anda sampai ke puncak dan melihat sendiri dengan mata dan akal
betapa indahnya panorama dari puncak kincir angin ini.
*Nota: Anda perlu berhati-hati jika berada
di kincir angin ini, kami sarankan anda tidak perlu turun hingga kebawah just
ambik gambar dari atas sahaja kerana banyak anak-anak tangga yang dah
rosak/rampuh untuk dipijak.
View dari puncak Kincir Angin *AWAS - JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW BLOG KAMI dnamieleisure.blogspot.com DAN SHARE SEBANYAK MUNGKIN UNTUK MANFAAT KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. |
Istimewa untuk anda: Dapatkan tip-tip melancong dalam negara
1 comment:
Hai Semua
Post a Comment