Peruntukan untuk tiket penerbangan, pengangkutan, penginapan dan keperluan lainnya antara yang sentiasa dititikberatkan dalam membuat belanjawan bercuti terutama ke luar negara.
Namun, ada juga perbelanjaan lain yang walaupun dengan jumlah kecil, tetapi boleh menjadi terlebih belanja.Untuk sentiasa mempunyai wang belanja yang mencukupi saat bercuti di luar negara, jom manfaatkan langkah penjimatan yang disenaraikan dalam ruangan Tip Melancong minggu ini. Selamat bercuti!
Sediakan wang untuk bercuti
Perkara paling penting dalam perancangan kewangan ketika bercuti adalah dengan membuat bajet percutian sebelum berangkat ke destinasi.
Sediakan duit secukupnya. Elak dari meminjam wang untuk bercuti kerana ia menyusahkan anda selepas pulang nanti.
Menabung atau mengasingkan wang khusus untuk bercuti dari gaji yang diperoleh tiap bulan adalah langkah terbaik boleh dilakukan.
Elak mengeluarkan wang atau berbelanja di lapangan terbang
Seboleh-bolehnya, jangan berbelanja atau menukar mata wang asing di lapangan terbang.
Harga barangan di lapangan terbang biasanya lebih mahal.
Tukaran mata wang asing di lapangan terbang juga biasanya agak rendah berbanding di luar sekali gus membuatkan anda rugi dan mengurangkan bajet wang perbelanjaan anda ketika bercuti.