Sunday 22 July 2018

TAMAN LAUT PULAU PERHENTIAN

APA ITU TAMAN LAUT??


Taman Laut adalah kawasan perlindungan marin yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah. Taman Laut ditubuhkan unutk melindungi dan memulihara kepelbagaian habitat dan hidupan marin. Segala aktiviti yang merosakkan terumbu karang dan ekosistem laut adalah dilarang dan salah di sisi undang-undang di bawah Akta Perikanan 1985.



TAMAN LAUT PULAU PERHENTIAN


Pulau Perhentian adalah antara pulau yang unik di Terengganu dan terletak kira-kira 12km dari Kuala Besut, Terengganu. Ia menjadi pilihan pelancong kerana keunikan pasirnya yang putih dan halus serta kepelbagaian biodiversiti marinya. Dahulunya, pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan oleh pedagang, dan akhirnya pulau ini dikenali sebagai "Pulau Perhentian"

Pulau ini terbahagi kepada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.

Kawasan penempatan penduduk tertumpu di Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil yang mempunyai pelbagai kemudahan asas. Hampir keseleuruhan kawasan di Pulau Perhentian digunakan untuk aktiviti pelancongan, manakala bakinya diliputi kawasan hutan hujan tropika.
  

HIDUPAN MARIN DI PULAU PERHENTIAN


Hidupan marin seperti penyu sering kelihatan di perairan Pulau Perhentian. Pelbagai spesis karang yang unik dan cantik terdapat di sini. Perairan Pulau Perhentian senantiasa menjadi tarikan utama untuk pelancong melaksanakan aktiviti snorkeling dan selam skuba. Terdapat 17 tempat selaman yang menarik di pulau ini seperti Gua Kambing, Shark Point, Batu Nisan, D'Lagoon dan Tanjung Basi dan 23 kawasan snorkeling.

Snorkeling di Pulau Perhentian

Snorkeling di Pulau Perhentian



!!KEPENTINGAN TAMAN LAUT!!

1. PERLINDUNGAN BIODIVERSITI MARIN 
  • Merupakan habitat bagi kepelbagaian hidupan marin untuk hidup.
2. KAWASAN PELINDUNGAN SEMULAJADI PESISIRAN PANTAI
  • Memainkan peranan penting dalam melindungi pesisir pantai yang terdedah kepada ancaman dari hakisan, ribut dan ombak.
3. EKOPELANCONGAN
  • Terumbu karang yang cantik serta kepelbagaian biologi marin di Taman Laut merupakan salah satu faktor yang menjadi tarikan pelancong.
4. PENYERAHAN KARBON
  • Terumbu karang menyerap lebih kurang 50 juta tan CO2 dan ini membantu mengurangkan kesan pemanasan global.
5. MENGEKALKAN SUMBER PERIKANAN
  • Ekosistem terumbu karang atau juga dikenali rumah ikan merupakan kawasan perlindungan semulajadi bagi pelbagai spesis ikan komersial berlindung, membiak dan mencari ikan.
6. POTENSI DALAM BIDANG PERUBATAN
  • Perubatan moden baharu menerokai penyelidikan menggunakan krang dalam penghasilan ubatan.
7. SUMBER EKONOMI DAN EKOLOGI 
  • Terumbu karang merupakan sumber ekonomi dan ekologi yang amat bernilai. Satu kajian telah menunjukkan terumbu karang yang terdapat di Malaysia bernilai lebih dari RM145 bilion setahun.
Scuba Diving

Oleh itu, jika anda berkunjung ke Pulau Perhentian sama-sama kita melindungi dan memulihara hidupan marin. Jangan dibuang sampah merata-rata atau kedalam laut ini boleh menjejaskan pembesaran kepelbagaian habitat.


Sumber Asal: Jabatan Taman Laut Malaysia

No comments: